10 February 2010

Dr. Zambry Kadir MB Perak Yang Sah

  1. Penantian rakyat Perak selama ini untuk mengetahui siapa sebenarnya MB mereka yang sah telah terjawab.
  2. Mahkamah Persekutuan bersetuju untuk mengenepikan rayuan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin yang sebelum ini memegang jawatan tersebut sejurus PR menewaskan BN di Perak pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.
  3. Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, selaku Presiden Mahkamah Rayuan mengetuai panel lima orang hakim antaranya
    Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria; Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin; Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff; dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.
  4. Kesemua hakim tersebut bersetuju bahawa keputusan DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak dalam melantik Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai MB Perak adalah sah. Sementara itu,
    kedudukan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak jelas tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri [ADUN] bagi mengekalkan kuasanya.
  5. Keadaan dilihat akan kembali stabil kerana kedudukan Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai MB Perak telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan walaupun Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin mendakwa keputusan itu akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia.
  6. Yang pasti, rakyat Perak kini mempunyai MB berkarisma berbanding Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang yang kemaruk kuasa selain berbohong dengan menyatakan Mahkamah Persekutuan akan menyebelahinya [4-1].
  7. Diharap tumpuan kini diberi sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi seperti saranan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Beliau turut berharap agar rakyat Perak jangan lagi terlibat dalam sebarang kegiatan politik yang dilihat tidak menghormati keputusan mahkamah!

[::breakthesilence::]

No comments:

Post a Comment