13 February 2010

Anwar Juburi CIFUT - Kenapa Orang Luar Mau Campur??

  1. Pada hari Khamis [11 Feb 2010], seramai lebih daripada 50 ahli Parlimen Australia sibuk menyalak suruh Kerajaan Malaysia gugurkan pertuduhan terhadap Anwar Al Juburi CIFUT. [banyak cantik...ko tu sapa?]. Kumpulan 50 wakil rakyat itu menghantar satu surat menuntut agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat tersebut digugurkan.
  2. Pengerusi jawatankuasa kecil bagi hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Salman Ahmad, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra.
  3. Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”
  4. Malah menurut surat itu, “ramai pemerhati mesra Malaysia mendapati sukar untuk mempercayai seorang pemimpin pembangkang utama [seperti Anwar Al Juburi] dikenakan tuduhan liwat buat kali kedua, sejurus selepas partinya memperoleh kejayaan besar dalam pilihanraya.”
  5. Laporan ABC Online menyebut, antara ahli Parlimen Australia yang menandatangani surat itu adalah anggota Parti Buruh termasuk Gary Gray, Setiausaha Parlimen dan Laurie Ferguson serta Malcolm Turnbull selaku Ketua pembangkang .
  6. Umum mengetahui bahawa Anwar Al Juburi ni memang jenis menghancurkan negara. Penyangak macam Anwar Al Juburi layak di humban ke laut dalam je bagi kena makan ikan jerung. Sekarang ni, macam-macam benda dia buat, pada Al Juburi yang paling penting adalah diri dia, bukannya maruah dan kedaulatan negara.
  7. Sehubungan itu, aku rasa penyokong Anwar ni tersangatlah bodoh. Tak sedar ke yang PM Australia, Kevin Rudd pun tak berminat dengan wayang si juburi ni?? Kevin Rudd ni langsung tak layan permintaan si juburi untuk berjumpa. Sebabnya, dia dah tahu si Anwar Al Juburi datang Australia hujung tahun lepas bertujuan untuk menarik simpati berhubung kes liwatnya. [hampeh...]
  8. Terbaru, ada ke patut suruh wakil asing dari Australia datang pantau pilihanraya kt negara kita ni. Rujuk sini. Yang sibuk-sibuk nak suruh orang asing datang buat apa?? Apa faedahnya?? Nak rasa dijajah balik ke?
  9. Buat pembaca sekalian, menurut anwaraidc.com, la ni Anwar Al Juburi sedang membina identiti dan strategi baru bagi menghadapi kes liwatnya. Si Anwar Al Juburi aka the "chamaleon" ni sanggup buat apa saja kerana dia dah mula rasa nasibnya akan berakhir di tangan Saiful Bukhari Azlan, yang hanya merupakan seorang budak 'Pembancuh Kopi' sahaja.




[::Aku Marah Pada Nuwar Juburi::]

10 February 2010

"Anwar and The Gang" Makin Merapu.

  1. Semalam, kes Anwar Al Juburi terpaksa ditangguhkan atas alasan untuk memberi peluang kepada pihak pembelaan memfailkan balasan terhadap afidavit jawapan pendakwaan hari sebelumnya. [Berapa kali tangguh..bila mau abis daa..].
  2. Kes beliau kali ini dianggap kukuh walaupun Anwar Al Juburi masih mendakwa ianya merupakan konspirasi dari pihak kerajaan bagi memusnahkan karier politik beliau. Blog Garamanis mengupas sedikit fakta yang meragui kesahihan dakwaan beliau itu. [So Anwar jangan banyak bunyi la. Hang hadap je la trial tu].
  3. Kes kali ini begitu kukuh sehingga para peguambela Anwar Al Juburi berusaha untuk melengahkan-lengahkan kes tersebut. Terbaru, beliau meminta supaya Hakim, Dato' Yusof Zainal Abidin diketepikan kerana bertindak berat sebelah [bias].
  4. Paling menarik, pihak pembelaan mula main wayang. Macam-macam isu ditimbulkan bagi memperlihatkan kes tersebut telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu. Mereka juga mempertikaikan peranan media cetak arus perdana yang disifatkan telah melanggar Akta Profesyen Guaman 1976. Karpal Singh berhujah bahawa berdasarkan Akta Profesyen Guaman 1976, kandungan sesuatu afidavit tidak boleh disiarkan sehingga ia dikemukakan dan dibaca di dalam mahkamah terbuka.
  5. Yang paling kelakar bila si Anwar Al Juburi bersuara pasal keputusan mahkamah pasal krisis di Perak. Dia tak perasan ke yang dia ni lagi satu mangkok. Mahkamah dah bagi peluang untuk bela diri untuk kes liwat ni, yang si Anwar Al Juburi ni pi buat corner baring sapa suruh. Kalau betul ada alibi, maka buktikanla. Jangan asik dok berkokok, tapi ekor bergelumang tahi. [Mmg Anwar Al Juburi ni busuk pun]
  6. Apa barang Karpal and The Gang ni. Dah rasa kalah, mula la merapu merepek. Blog The Unspinners mendedahkan bahawa strategi pihak peguambela Anwar Al Juburi ni telah dihidu awal-awal. Malah, mereka berasa bahawa kebarangkalian untuk Anwar Al Juburi menghuni tirai besi Sungai Buloh semakin tinggi. Hehehe [Nasib kau la labu.....].
  7. The Unspinners juga memaklumkan bahawa Anwar Al Juburi bangsat ini juga berusaha menggunakan parti dan rakyat sebagai usaha menjelmakan kembali zaman Reformasi 98 ciptaan beliau dahulu. Anwar Al Juburi cuba mengheret rakyat sekali lagi dengan menggalakkan demonstrasi.
  8. Umum sedia maklum bahawa strategi mencetuskan demonstrasi dan provokasi amat sinonim dengan beliau. Anwar Al Juburi dipengaruhi pendekatan beberapa pemimpin politik luar negara yang acap kali menggunakan demonstrasi sebagai jalan pintas menggulingkan kerajaan sedia ada.
  9. Barang diingat, tiada negara yang menjadi aman setelah menggunakan pendekatan sedemikian rupa dalam mengambil alih kuasa? Yang kita mahukan adalah evolusi dalam pentadbiran negara. Yakni perubahan sedikit demi sedikit tetapi memberi impak kepada pembangunan sosio budaya dan ekonomi negara berbanding revolusi atau reformasi membuta tuli sehingga mengganggu gugat keharmonian kaum di negara ini.
  10. Tunggu apa lagi, Anwar Al Juburi patut dinyahkan dari negara berdaulat ini. Peringatan kepada rakyat! Sedarlah bahawa yang hak pasti akan berdiri! Yang batil pasti jatuh!

[::breakthesilence::]

Dr. Zambry Kadir MB Perak Yang Sah

  1. Penantian rakyat Perak selama ini untuk mengetahui siapa sebenarnya MB mereka yang sah telah terjawab.
  2. Mahkamah Persekutuan bersetuju untuk mengenepikan rayuan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin yang sebelum ini memegang jawatan tersebut sejurus PR menewaskan BN di Perak pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.
  3. Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, selaku Presiden Mahkamah Rayuan mengetuai panel lima orang hakim antaranya
    Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria; Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin; Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff; dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.
  4. Kesemua hakim tersebut bersetuju bahawa keputusan DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak dalam melantik Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai MB Perak adalah sah. Sementara itu,
    kedudukan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak jelas tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri [ADUN] bagi mengekalkan kuasanya.
  5. Keadaan dilihat akan kembali stabil kerana kedudukan Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai MB Perak telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan walaupun Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin mendakwa keputusan itu akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia.
  6. Yang pasti, rakyat Perak kini mempunyai MB berkarisma berbanding Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang yang kemaruk kuasa selain berbohong dengan menyatakan Mahkamah Persekutuan akan menyebelahinya [4-1].
  7. Diharap tumpuan kini diberi sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi seperti saranan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Beliau turut berharap agar rakyat Perak jangan lagi terlibat dalam sebarang kegiatan politik yang dilihat tidak menghormati keputusan mahkamah!

[::breakthesilence::]